Pesan.

Luqman Al-hakim memesan kepada anaknya
wahai anakku jangan sesekali melepaskan tiga perkara ini :

1- Makan makanan yang paling sedap
2- Tidur di tempat yang paling selesa
3- Dan tinggal di tempat yang paling baik

Anaknya pon menjawab: ” kita kan orang fakir, bagaimana dapat aku lakukan semua ini? ”

Lukman pon menjawab:

– Bila engkau makan hanya bila engkau lapar, maka makanan itu akan menjadi makanan yang paling sedap,

– Jika engkau kerja keras tanpa mengharap belas kasihan orang lain dan tidak berdendam dengan sesiapa, maka engkau akan merasa tidur di tempat yang paling selesa,

– Dan jika engkau telah tunaikan hak tuhanmu dan hak manusia, dan melayan manusia dengan baik, engkau akan diingati dalam hati mereka, maka dengan ini engkau telah tinggal di tempat yang paling baik.

Subhanallah..

Patut dinamakan Luqman Al-hakim
Sangat hikmah beliau berpesan kepada anaknya..

Jangan tidur.

Assalamualaikum sahabat yg dimuliakan Allah selamat menunggu waktu berbuka puasa .Semoga Allah menerima segala amalan.kemaafan dan terima kasih atas segalanya

*INGAT TAK*?

Ingat tak masa awal januari tahun ni, masa tu rasa ‘Eh.. Dah 2017 dah?’

Tau-tau dah Jun.. pertengahan 2017

Ingat tak masa sebulan dua sebelum Ramadhan, masa tu rasa ‘Eh.. Ramadhan nak dekat dah?’

Tau-tau dah nak Ramadhan..

‘Cepatnya masa berlalu!’

Itulah skrip yang disepakati ramai, diulang-ulang.

Begitulah mungkin perasaannya, apabila..

‘Tau-tau dah 10 malam terakhir..’

‘Tau-tau dah nak habis Ramadhan..’

‘Tau-tau dah Raya..’

Dan adakah kita akan biarkan skrip-skrip di atas diulang tanpa makna?

Atau kita akan jadikan Ramadhan kali ini modal pelaburan terhebat untuk kehidupan seterusnya?

Jangan ‘tidur’. Jangan lalai. Jangan lena.

Ramadhan dah semakin meninggalkan kita.

Semoga Allah memberi peluang utk menyelesaikan sebulan Ramadhan ini.Dikurniakan kelebihan lailatul qadar dan mendapat Rahmatnya.Keampunannya dan Pembebasan dari.azab nerakaNya.Allahuma Aamiin😭💚

Ramadan.

[6/14, 6:25 PM] Sat Ustaz Amin: Assalamualaikum semoga Allah.merahmati dan meredhai semua.

Syaikh Abdul Hadi adalah seorang imam di sebuah masjid di Syria. Pada suatu hari anaknya jatuh sakit. Sudah puas dia berusaha mengubatnya tetapi tidak juga sembuh. Hatinya sedih kerana dia seperti orang lain amat menyayangi anaknya itu.
Sudah puas dia memikirkan apa yang patut dilakukan tetapi pada masa yang sama meneruskan solatnya.

Ketika dia ingin mengambil wuduk, dia teringat firman ALLAH S.W.T “Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan (mengerjakan) solat”, Al-Baqarah, ayat 45.

Syaikh Abdul Hadi juga teringat pada sebuah hadis dari Abu Umamah Al-Bahili r.a, yang menyebut.. Sabda Rasulullah S.A.W, “Ubatlah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah”

Syaikh Abdul Hadi termenung dan timbul pertanyaan kepada siapa beliau harus bersedekah pada lewat malam? Siapa yang akan menerima sedekahnya? Tanpa diduga ALLAH S.W.T segera mengirim jawapan apabila Syaikh Abdul Hadi mendengar suara kucing kelaparan. Dia pulang ke rumah dan mengambil sekeping daging. Bukankah menolong haiwan juga bersedekah? Dia memberi daging itu pada kucing yang lapar tadi.
Apabila pulang ke rumah, isterinya bercerita “ketika anaknya yang tidak sihat itu berada dalam gendongannya, tiba-tiba seekor burung besar berwarna hitam datang dari arah langit untuk menyambarnya. Saya terus memeluknya tanpa berfikir panjang apa yang patut dilakukan. Namun, secara tiba-tiba datang seekor kucing yang menerkam. Burung itu terbang lari.”

Syaikh Abdul Hadi tersenyum gembira. Keesokannya denga izin ALLAH, anaknya sihat dan mula boleh bermain-main bersama kawannya. Itu tentunya berkat sedekah kepada kucing.

Wallahuallam💚
[6/15, 4:41 AM] Sat Ustaz Amin: Assalamualaikum

*LAILATUL QADR*
(Kebaikannya lebih dari ibadah 80tahun, juga seperti 2x haji dan 2x umrah)

Dari Ali bin Urwah.
Rasulullah pada suatu hari bercerita tentang 4 orang dari kaum Bani Israel mereka beribadah pada Allah SWT selama 80 tahun tanpa maksiat sekejap matapun.
Rasulullah menyebutkan orang-orang itu: Ayyub, Zakariyya, Hizqiil bin Ajuuz dan Yusak bin Nuun.
Ali berkata para sahabat heran dengan apa yang diceritakan oleh Rasulullah. Kemudian Jibril datang pada Rasulullah dan berkata “Ya Muhammad, umatmu heran pada ibadahnya orang-orang itu yang selama 80 tahun tidak maksiat sekejap matapun. Sungguh-sungguh Allah telah menurunkan yang lebih baik dari itu”.
Kemudian Jibril membacakan untuk Rasulullah “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu..? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Ini lebih baik dari apa-apa yang engkau dan umatmu herankan”. Ali berkata Rasulullah dan manusia yang bersamanya disenangkan oleh penjelasan tersebut. (HR. Ibnu Abi Hatim)

Dari Aisyah RA sesunguhnya Rasulullah bersabda : Mencarilah kalian (dengan i’tiqaf) Lailatul Qodar di hari yang ganjil dari sepuluh malam yang akhir dari bulan Ramdhan”. (HR. Bukhari)

Dari ibnu Abbas, Rasulullah bersabda: “Orang yang i’tikaf itu mencegah pada beberapa dosa dan dijalankan baginya kebaikan sebagaimana dia beramal pada semua kebaikan”. (HR. Ibnu Majah)

Dari Husain bin Ali, Rasulullah bersabda:
“Barang siapa yang iktikaf sepuluh hari didalam bulan Ramadan seperti 2 kali haji dan 2 kali umrah”. (HR. Al Baihaki)💚

Azab kubur.

TIPS LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR
Ustaz Ahmad Dusuki @Radio IKIM

■💕Jangan sekali-kali tinggalkan alQuran. Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.

■💕Rumah yg dibacakan alQuran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.

■💕Jika mati orang yg suka baca Quran ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat-malaikat akan tau, “ooo..mati sudah si pembaca Quran ini, mari kita solatkan rohnya”.

■💕Di dalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dgn mayat.

■💕AlQuran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita di dalam kubur.

■💕Azab kubur bermula sebaik mayat tidak dapat menjawab soalan malaikat.

■💕Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.

■💕Penting 7 hari ini kita mendapat doa dari anak yang soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur.

■💕Masa mayat duduk kita akan sedar, “ohh…aku dah meninggal dah”.

■💕 Sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada alMulk dalam dada kita.

■💕Dalam kubur alQuran akan berkata kepada mayat, aku ini alQuran yg dulu kamu baca dgn suara yang lantang & mendayu.

■💕Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.

■💕Lepas tu baru alQuran akan lepaskan mayat kpd dua malaikat yg akan menyoal.

■💕Jgn lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa

🔴Jangan lupa share kalau nota ni bermanfaat